KENALI SAYA


Saya Salina Othman punya 4 orang anak dan berumur 40 tahun. Kenapa? Tak percaya? Terima kasih hehehhe…(perasan la pulak) ramai kawan-kawan tak percaya bila saya kata umur saya 40 tahun. Terimakasih ALLAH beri saya awet muda. Syukur ALLAH dengan kemudaan yang diberi. Mohon ALLAH beri saya muda dan sihat. Saya akan kongsikan rahsia keremajaan saya dalam tulisan akan datang Insyallah…(ingatkan ye jika saya terlupa J)

Seawal usia 19 tahun saya mula bekerja di Hitachi Electronic Devices (M) Sdn Bhd selama 10 tahun. Pelbagai ilmu saya pelajari selama bekerja disitu. Senang cerita saya ni kelulusan Universiti Hitachi kerana ilmu kerjaya yang saya ada sekarang semuanya saya perolehi di Hitachi. Saya berpeluang ke Negara matahari terbit sebanyak dua kali sepanjang saya bekerja di Hitachi. Kali pertama saya dihantar berkursus dan kali kedua saya dihantar untuk menghadiri Seminar QCC Tools yang dihadiri oleh wakil Hitachi dari beberapa negara seperti Singapura, USA, Korea dan Taiwan. Selepas Hitachi saya bekerja di The Legends Golf & Country Resort dan kini saya bekerja di salah satu agensi kerajaan. Sepanjang berkerjaya saya gembira dengan kerja saya. 

"Ini zaman muda rumaja"

Sebagai ibu kepada 4 orang cahaya mata yang sedang membesar tidak pernah sekali saya menganggap mendidik mereka satu cabaran. Bagi saya itu adalah amanah dan tanggungjawab dari ALLAH yang perlu saya pikul dengan tenang dan gembira. Terimakasih ALLAH kerana anak-anak sangat memahami situasi saya sebagai sumber utama ekonomi keluarga. Pelbagai dugaan saya hadapi dalam mendidik anak-anak namun tak pernah sesaat saya mengaku kalah. Saya yakin setiap dugaan yang ALLAH beri pasti ada ganjarannya.

"My sunshines"

Makanya pelbagai perniagaan saya terokai dan semuanya tidak menjadi kerana  saya terokai tanpa  ilmu, mentor dan system. Saya berniaga  ‘try & error’. Saya sentiasa bermunajat pada ALLAH agar temukan saya dengan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan medapat bimbingan dari mentor untuk berkongsi ilmu bagi mengemudi perniagaan dengan sistem yang betul.

Terimakasih ALLAH kerana datangkan STG dalam hidup saya. Dalam tempoh tiga bulan saya bergelar usahawan  STG, bonus dan insentif yang saya perolehi menyamai gaji saya sebulan. Saya ditauliahkan sebagai Well Trained Consultant dalam masa 3 bulan dan terus mendapat kenaikan pangkat pertama sebagai pada bulan yang sama. Terima kasih ALLAH. Sekarang saya tidak menoleh kebelakang lagi. STG dengan konsep ilmu, mentor dan sistem memberi laluan mudah untuk merubah kehidupan saya sekeluarga.

Jika STG disamakan dengan hotel ianya adalah hotel yang bertaraf 10 bintang yang mempunyai terlalu banyak kemudahan percuma yang boleh dinikmati. Lebih lama anda menginap di hotel ini akan muncul pelbagai kemudahan yang anda sendiri tidak pernah impikan.

Inilah saya,sebagai seorang anak,  ibu, sahabat, pekerja & kini bergelar usahawan…dalam saya merentasi masa menikmati nikmat ALLAH di dunia sementara menunggu kebahgiaan abadi, saya mahu menjadi seorang yang berharga terutama pada ibu saya, anak-anak dan saya berazam untuk menambahnilai kehidupan orang lain. Alangkah indah hidup apabila dapat berkongsi kebahgiaan dan memberi manfaat sesama hambaNYA.

“Good Better Best, never let it Rest, 
till the Good is Better & the Better is Best”

No comments:

Post a Comment